Lilypie Second Birthday tickers

Monday, December 03, 2007

Petikan akhbar kat MStar...

aku terbaca kat MStar tadi... so saja aku nak paste.. lepas ni kalu orang tanya jer soalan2 yang berkenaan ngan topik ni, aku bagi jerk artikel nih.. senang citer... kan Enon? [hehehe... aku tau ko senasib ngan aku...]


Masalah kewangan punca ramai kahwin lewat
2007-12-03 14:28:23.0 [www.mstar.com.my]

KUALA LUMPUR: Masalah kewangan dikenal pasti antara punca utama golongan muda berkahwin lewat selain tiada calon yang sesuai dan mengutamakan kerjaya, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata masalah kewangan itu bukan sahaja untuk menampung perbelanjaan majlis perkahwinan tetapi lebih kepada menampung keluarga selepas berkahwin.

"Kementerian tiada perancangan untuk menganjurkan majlis perkahwinan secara berkumpulan kepada pasangan yang akan berkahwin bagi mengurangkan beban kos pasangan," katanya menjawab soalan Razali Ibrahim (BNMuar) berhubung punca penurunan kadar perkahwinan di negara ini.

Chew berkata kementerian sentiasa menggalakkan setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga mengikuti kursus pra perkahwinan "Smartstart" yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Katanya kajian LPPKN mendapati umur perkahwinan minimum bagi kaum lelaki di Semenanjung meningkat kepada 28.9 tahun pada tahun 2004, berbanding 28.2 tahun pada tahun 1991.

Beliau berkata umur perkahwinan minimum kaum wanita dalam tempoh yang sama juga meningkat kepada 25.3 tahun, berbanding 24.7 tahun. BERNAMA


2 Buzz In !:

enonz said...

mak aaiiii siap wat persidangan kat dwn rakyat tuhh

hahahha
mesti anak2 dorg pon sama masuk list nh. tu sbb leh bwk bersidangg...kui2...

kelaka la.

WaNz said...

hahaha... samada anak2 dorang ataupun dorang sendirik yg tak kawin2.. hehehe...

kita muda lagi... baru 25 tahun + few months..... hahahahahahahaha