Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, May 06, 2008

Cekak rambut?...

Aku terbaca petikan ni dalam paper KOSMO semalam... memang ler tak patut orang2 yang tak prihatin nih wat cekak guna kulit babi tapi yang paling aku musykil bila baca citer ni sebenarnya, cekak brand apa yang sampai rega RM 199.90??? yang budak nih sanggup beli walaupun rega yang sangat mahal untuk cekak kenapa?? aku heran tang tu jer... aku pun tak sanggup nak abiskan duit banyak tuh just untuk cekak rambut... walaupun dia letak jenama terkenal... pakai yang murah tu pun ok gak.. tahan lama jugak.... ish ish ish... budak nih tak reti kawal perbelanjaan ler.... kot RM199.90 tu untuk kasut ker, beg ker or at least baju aku boleh terima ler... nih untuk CEKAK rambut???



Petikan daripada KOSMO 05 Mei 2008

Belanja RM200 terbeli cekak kulit babi

KUALA LUMPUR - Cekak rambut daripada kulit babi?

Bukan dakwaan kosong, tetapi sampel kulit pada cekak rambut yang dijual di pasar raya terkenal ini disahkan ada kandungan kulit haiwan tersebut oleh makmal Fakulti Sains Gunaan dan Farmasi Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Mangsa yang terbeli cekak tersebut yang dijual RM199.90, mula meragui keaslian kulitnya yang didakwa diperbuat daripada kulit lembu oleh penjualnya.

Wanita tersebut yang mahu dikenali sebagai Mahani berkata, dia tidak pernah meragui untuk membeli apa sahaja barangan yang dijual secara terbuka terutama di dalam pasar raya besar.

Namun kali ini berbeza apabila Mahani berasa ragu-ragu melihat ada tiga bintik pada cekak tersebut yang dibeli pada 17 April lalu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Nordin berkata, mereka telah menghantar sampel kulit itu ke makmal Fakulti Sains Gunaan dan Farmasi UiTM untuk dianalisis.

0 Buzz In !: