Jap.. jap... aku tak abis gelak lagi nih ... aduii laa.... nak tau pasal apa aku gelak guling2 sampai lupa daratan nih? hehehe... korang ada tak baca Harian Metro ari nih? takde? baca ler... ni aku tepek kan citer yang berjaya wat aku nak tercabut usus nih...
Harian Metro: 18 Mac 2008
Tertelan gigi palsu kekasih
GEMAS: Kisahnya lucu, tetapi membawa pengajaran. Seorang Mat Rempit tertelan dua gigi palsu teman wanitanya ketika asyik bercumbu di sebuah pondok di ladang sawit di Felda Gugusan Palong, dekat Bahau, di sini. Pasangan terbabit sebelum itu menghidu gam bersama sekumpulan Mat Rempit selepas berlegar-legar dengan menunggang motosikal bersama kekasih masing-masing di kawasan berhampiran kira-kira jam 10.45 malam, Rabu lalu. Menurut sumber, dalam keadaan ‘lalok’, kumpulan Mat Rempit itu mula bercumbuan hingga seorang daripada mereka yang berusia 19 tahun secara tidak sengaja tertelan gigi palsu kekasihnya yang tercabut.
“Menyedari gigi palsunya tercabut, teman wanita Mat Rempit terbabit yang berusia 17 tahun panik lalu mencari-cari di sekeliling, tetapi gagal menemuinya. “Ketika itu, Mat Rempit terbabit yang dalam keadaan khayal selepas menghidu gam memberitahu, dia tertelan gigi palsu itu,” katanya.
Katanya, pasangan itu bersama kumpulannya itu kemudian balik ke rumah masing-masing kira-kira jam 12.30 tengah malam. Bagaimanapun, kira-kira jam 8.30 pagi, Mat Rempit itu merasa perutnya tidak selesa. Bimbangkan keadaan kesihatannya, dia mengambil keputusan mendapatkan bantuan di sebuah klinik di Bahau bagi mengeluarkan gigi palsu itu.
“Doktor yang memeriksanya memberitahu gigi palsu itu tidak dapat dikeluarkan lalu mengarahkan remaja itu pergi ke hospital untuk membuat imbasan X-ray,” katanya. Sumber itu berkata, Mat Rempit berkenaan yang bimbang rahsianya diketahui umum pergi ke sebuah hospital swasta di Melaka untuk menjalani pemeriksaan X-ray kira-kira jam 11 pagi.
“Doktor yang merawat Mat Rempit itu mendapati gigi palsu terbabit masih berada dalam perutnya dan memberi sejenis ubat cecair bagi mengeluarkannya ketika membuang air besar. “Kira-kira
Jumaat lalu, remaja terbabit dibenarkan pulang ke rumah sebelum menyerahkan dua gigi itu kepada teman wanitanya. Gigi itu bagaimanapun dicampak gadis berkenaan kerana berasa geli. Tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.
Kalu aku ler jadi salah sorang daripada watak utama berita nih, memang malu besar ler .. dah ler pecah lobang apa xtvt dorang duk wat, rugi pun yer gak sebab nak wat gigi palsu bukannyer murah.. ker murah? lantak ler... apa2 hal pun citer ni aku bleh bagi anugerah citer paling kelakar yang kuar dalam paper minggu nih... hehehehehehe.... Mamat tu siap tunjuk ke'gentleman' dengan pulangkan balik gigi palsu yang dah kuar balik tuh.. kah kah kah... aku tak tahan.. tolong... bagi aku berenti gelak...
.
3 Buzz In !:
BANGANG TAK HENGAT PUNYA MAT REMPIT!! ko leh bygkan tak gaya dorg bercumbu2an tuh?? sampai tercabut gigi palsu beb! hahahahhahahaha..
gila bodo.
dorang wat 'french kiss' kot?! hehehahahah....
mmg tahap bodo cipan mat rempit ni.. dia bodo sbb:
1- jd mat rempit
2- hidu gam
3- bercumbu² dgn awek rempit
4- x check dulu couple ada gigi kekal/palsu
5- gi spital swasta sbb malu (ni masuk paper lagi malu beb)
6- kuar duit semata² nak xray perut yg resultnya - terlihatlah 2 btg gigi
7- sanggup amik 2 btg gigi tu
8- serah pd aweknya yg bangang
9- baru sedar aweknya gongak
10- gi jumpa aweknya yg dlm kata lainnya pemilik gigi palsu
bodo.. bodo.. bodo.. dlm hal ni sian kat doc yg menghabiskan masa psl isu gigi palsu..
Post a Comment