Untuk sapa2 yang berkenaan, sila kira balik budget bulanan masing2.... sapa kata Samy Vellu jer boleh naikkan rega tol nih? hahahahahahahahahaha..... Tensen betul kalu nak travel lalu jalan2 yang terlibat nih... ish ish ish...
PETALING JAYA: Kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad hari ini.
Sementara itu, Starbiz melaporkan kerajaan telah dijangka akan membuat keputusan tersebut sebelum hujung minggu ini, kerana telah menangguhkan keputusan untuk menaikkan kadar tol selama dua bulan.
"Tiga pemilik konsesi lebuh raya telah mengalami kelewatan untuk menaikkan kadar tol mengikut perjanjian yang telah ditandatangi sebelum ini.
"Pemilik konsesi yang terlibat adalah Lebuh Raya Utara-Selatan, IJM Corp Bhd dan Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (Litrak).
"Manakala dua lagi, adalah Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)," lapor C.S Tan.
0 Buzz In !:
Post a Comment