Aku baca kat MStar petang tadi... pasal Maya Karin announce nak kawin next month... korang ingat Datuk Siti jer ker yang bleh wat PC juz untuk bagitau dia nak kawin? hehehehe...
apa yang wat aku tertarik ngan statement Maya Karin tuh, exactly sama ngan apa yang aku nak impikan sebelum nih.... satu perkahwinan yang simple, buat yang wajib & rukun jerk...
------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Teka-teki mengenai perkahwinan aktres dan model jelita, Maya Karin akhirnya terjawab apabila pelakon tersebut tampil membuat pengakuan dirinya akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya, Steven David Shorthose pada 14 Ogos depan di Bellagio, Itali.
Maya yang mengadakan sidang akhbar pagi tadi bagi menjelaskan tentang hal tersebut turut mengumumkan dia dan bakal suaminya itu terdahulu akan mengadakan civil ceremony pada 9 Ogos di sana dan sebuah majlis resepsi di Kuala Lumpur pula akan diadakan kemudian pada 29 Ogos.
"Majlis akad nikah itu nanti akan dikendalikan oleh Imam Abdullah, warganergara Itali. Ia akan berlangsung dalam suasana yang cukup ringkas dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara kedua-dua belah pihak...lebih kurang 70 orang tetamu kesemuanya.
"Tiada wang hantaran atau sebagainya kerana memang saya ingin langsungkan secara simple. Malah, jika diadakan di Malaysia sekalipun, memang saya juga tidak mahu buat hantaran. Just keep it nice and easy," tutur Maya pada sidang media yang berlangsung di Satu Music Entertainment, di sini, pagi tadi.
Desas-desus mengenai perkahwinan gadis kacukan Jerman dan Malaysia ini hangat diperkatakan sejak kira-kira dua bulan yang lalu. Rata-rata media melaporkan Maya ketika itu telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan jejaka kelahiran England itu sekitar bulan Jun atau Julai.
Namun, meskipun tidak menafikan hal tersebut, aktres berusia 28 tahun itu tetap mengunci mulut tatkala hal itu diajukan media dan menegaskan hanya akan berbicara mengenainya pada masa yang sesuai.
"Bukan ingin sengaja merahsiakan, tetapi saya ingin tunggu sehingga benar-benar bersedia untuk dedahkan perkara ini. Agak kecewa juga bila pihak media sudah mula dapat menghidu perkara ini kerana kalau boleh saya ingin buat surprise!
"Apapun, kami sudah merancang untuk berkahwin pada tarikh tersebut sejak enam bulan lalu. Saya langsungkan majlis ini di Itali kerana ibu Steven yang menetap di Liverpool sudah uzur dan tidak sihat.
"Jadi kami memilih Itali yang tidak jauh destinasinya dari England. Malah, lokasinya juga memang cukup cantik," kata Maya.
Berbicara mengenai kekasih hatinya itu, kata Maya, mereka sudah mengenali antara satu sama lain kira-kira tujuh tahun yang lalu sewaktu Steven atau nama Islamnya, Muhammad Ali bertugas sebagai guru matematik di Garden International School, Kuala Lumpur.
"Ketika itu dia mengajar adik saya di sekolah tersebut sebelum dia bertugas pula di Alice Smith International School. Waktu itu, saya belum dikenali seperti sekarang dan masih menuntut di kolej.
"Dia seorang yang sangat kelakar dan very cool. Walaupun saya pernah dilanda pelbagai gosip, dia cukup tenang dan tak peduli langsung tentang perkara tersebut.
"Alhamdulillah, dia sudah memeluk Islam sejak empat tahun yang lalu dan dia sendiri yang memilih nama Muhammad Ali, sempena nama peninju tersohor itu," kata Maya yang menambah karier seninya akan tetap diteruskan seperti biasa selepas berkahwin kelak.
Maya juga turut melancarkan laman web rasminya www.mayakarin.com pada sidang media tersebut.
------------------------------------------------------Part yang aku highlight kan tu... dat's what exactly aku nak... aku taktau naper, maybe sebab parents aku dulu macam tu kot... Aku penah bagitau kengkawan yang rapat [Enon,ko pun mesti ingat aku cakap nih dulu... hehehe], aku suka tgk cara Sarimah Ibrahim nikah.. simple & tenang... camner cara Sarimah dulu? sama ler ngan cara yang Maya Karin nak wat nih... Even masa adik aku kawin last year pun, dia nak wat camnih... ada satu time kitaorang borak2 ngan adik ipar aku skali b4 dorang kawin dulu, dorang kata "pening kepala nak ikut kehendak orang ramai... Rasa cam nak gi nikah kat overseas jerk [not Siam ok? yg tu kes lain... hehehe]... boleh wat akad nikah ikut yang rukun jerk..."
hahahaha.... mesti ramai yang tak baper nak setuju ngan statement aku nih.. Alasan yang selalu aku dengar, "kita kawin sekali jer... nanti tak meriah tak best.... takde kenangan yang nak kenang sampai tua kang.... bla.. bla.. bla..bla.." tapi tu lah aku... memang dari dulu aku selalu terbayang kalu aku kawin nanti, dalam suasana yang cukup ringkas dan tenang.... ngan kehadiran family & kawan2 rapat yang aku sayang sangat2... Aku tak suka nak bersanding... taktau naper.....
Lagipun, skang ngan keadaan ekonomi tak baper nak stabil... aku taknak bersusah di kemudian hari.... tambah plak, aku sedar gak kemampuan aku skang... gaji tak besar sangat.. cukup2 makan jerk.. hehehehe.... tapi takper, Insyaallah, kalu takde aral melintang, sumer akan berjalan lancar mengikut kemampuan... aku taknak susahkan sesapa pun... Kita merancang jer lah yer...
.
0 Buzz In !:
Post a Comment