Papehal aku nak gelak dulu... Sebenarnya gelak campur skali ngan geram tapi gelak lebih lah dari geram tuh... HAHAHAHAHAHAHAHAHA.....
Ok dah.. dah abis gelak.... Ni nak citerapa jadi masa aku balik umah semalam... dalam perjalanan ler nih.... mmg dah sedia maklum kan KL ni kalu dalam kul 6pm mmg konpem jem, nak2 plak aku opis aku ni mmg kat tengah2 bandaraya bercahaya ni kan... Nak plak hujan lebat petang semalam, takleh nak cakap ler atas jalan sumer keta mmg slow d mlow lah... Alang2 dah jem giler, aku ikut ler jalan alternatif semalam, konon nak masuk DUKE kat Setapak tu... masa kat roundabout Jln Pahang, aku duk kat lorong tengah... ada ler satu keta kat lorong paling kiri nak mencelah depan aku.. ok lah, aku terpaksa bagi la sebab dia mmg dah masuk lorong walaupun aku ada kat situ... dalam masa yg sama lorong kanan aku free, aku pun masuk ler kanan sebab malas nak himpit ngan keta tu... Laaa.... dia pun nak terus potong kanan gak.. tak pedulik dah ada keta ker xde... Sikit angin ler aku kan... Agak2 ler kot nak mencelah pun, dah masuk satu lorong tu man man ler dulu sblm nak mencelah lagi.... aku pun tekan ler hon sebab xnak dia langgar keta kan.... masa tu tgh berenti gak, aku pandang ler keta biadap tuh..... yang driver dia xde apa pun, pompuan yg duk sebelah dia yang lebih2 kecoh... tengok aku sambil angkat middle finger.... bukan sekali dia angkat, ada ler 3, 4 kali angkat sebab tgk aku takde reaction kat dia... aku nak wat apa? aku gelak jer kot tgk gelagat pompuan tuh.... over la lu minah!!! ingat elok sangat ler angkat jari tengah tuh? Hampeh tol...
Masa tu hujan lebat so x nampak clear sangat muka dorang tu.. aku ingat laki bini kot... tp yg aku nampak pompuan tu pakai tudung light purple ngan baju kurung purple gak sebab nampak ler lengan baju dia masa dia angkat jari tuh kan.... bukak jer lah tudung tu kak oii.... wat penat jer pakai klu perangai cam orang takde akai... dorang naik keta PERSONA SE kaler merah... plate no WSA 4937... sesapa yang kenal tuan punya keta ni, harap maklum... pakaian pompuan yang naik keta ni tak melambangkan keperibadian ok... aku bukan geram sangat2 pun, tp geram skit sebab bukan dia yg drive tp dia yang over terlebih ok.... bodoh piang betul....
Wednesday, July 21, 2010
Perlu Ker ?? ...
Posted by WaNz at 11:42 0 Buzz In !
Tuesday, July 20, 2010
Padan Muka...
Ni nak citer hal pagi tadi.... Adalah barang2 opis aku dalam keta so sebelum parking keta kt tempat yg sepatutnya, aku dropkan ler barang2 tu kat lobby opis... pastu siap park & naik opis nak amik troli kan.. byk tuh kalu nak carry.... kuar jer dari lif, dengan senang ati aku tolak troli g lobby tu lah.... tetiba ada sorang lady guard ni panggil... Dia kata kalu nak unload barang kena guna pintu belakang, takleh kat depan nih... aku pun dengan sopan santun bagitau ler nak amik barang kat tepi ni jer, since dah wat turun tadi kan... dia tetap ngan pendirian dia kena amik barang kat belakang.... nak amik kat blkg camner klu brg aku dah ada kat depan tuh? nak aku angkat g pintu blakang baru blh guna troli ka? ada dekat seminit bertekak sebab dia kat belakang, tak tgk pun mana sebenarnya brg2 aku kat mana... last2 aku panggil dia, suh dia tolong aku angkat since dah kena tinggal troli kan.. dia ngan muka blur datang, pastu aku biarkan ler dia angkat kotak yg paling berat compared ngan satu beg yang agak ringan skit.. muuaaahhhaaa hahahahahahaha... muka dia mmg blur siot.. cam terpinga2 sebab kena angkat barang... kan, sapa suh bising.... pastu baru dia diam....
pas dah antar barang2 naik atas, aku turun balik sejam pastu nak g beli air kat kedai bawah... lady guard tu ada kat post dia, betul2 depan kedai tuh... kali ni dia manis skit ler, senyum & mntk maaf sebab bising kat aku tadi... dia taktau brg2 dah ada kat situ pun... hahahahaha... kan dah tak pasal2 kena wat kerahan tenaga kejap tadi....
Posted by WaNz at 14:50 0 Buzz In !
Tuesday, July 13, 2010
Oo La La !!!
Ahak Ahak Ahak.... sekali lagi aku tetap tak sempat nk hapdet blog nih.. ampun maaf dipinta.. eh, aku nak mintak ampun kat sapa? aku nyer blog, sukati aku lah kan.. hehehehehee......
sebagai staff yg berdedikasi, kat opis aku wat keja.. takat hapdet skit2 boleh ler tapi kalu dah start kang takleh stop lak.. balik umah Asyraf dah terkam aku, konpem tak sempat nak wat apa dah.. nak online pun tak sempat... bila Asyraf tido, ngan aku2 skali landing... skang automatik, letak jer kepala atas bantal terus lelap... Laki aku tido kemudian pun aku tak sedar dah... kurang tenaga ler aku nih... :-)
Aku nak hapdet ni dulu lah... aku tau benda ni mmg sah2 tak logik tapi nak gak tulis.... Pasal iklan KFC yg baru tuh, "Toasted Pocketful".... konon2 makan terus blh sampai mana2 tempat yang kita x jangka.. klu ikut iklan dalam radio, makan jer trus blh sampai puncak gunung... ngan basikal pakcik tu skali ada... hahahaha... kalu aku makan tak gi memana pun, blh tak aku saman KFC tu? kah kah kah...... sajer jer nak cari pasal kan....
Kay lah, nak sambung wat keja... nnt ada, ada lah aku hapdet.. kalu takde, buat2 ada jer lah....
Daaaa!!
Posted by WaNz at 15:06 0 Buzz In !
Friday, June 25, 2010
SAWANG....
Pergghhhh.... Bersawang blog aku nih... wakakakakakakaka..... time rajin nak berkarya, laptop lak orang lain guna... pastu bila dah depan laptop tetiba lak idea tu blackout!! hehehehehehhe....
Posted by WaNz at 15:00 1 Buzz In !
Thursday, May 27, 2010
Ada ka job interview camni? ...
klu betul2 nk mintak keja kena wat camni, mmg konpem satu hari satu interview jer lah boleh pegi.... hehehehehe
Posted by WaNz at 11:23 0 Buzz In !
Wednesday, May 12, 2010
Sajer jer...
errr.... nak post blog tak sempat... letak gambar jer bleh kan...
Posted by WaNz at 17:36 0 Buzz In !
Tuesday, April 27, 2010
Lagi berita bikin sayu...
Harian Metro - Kuku tanggal
Lebih serius apabila doktor tidak menolak kemungkinan mangsa, Chua Wee Leong, 2, bakal cacat kekal pada jari tangan manakala luka luarannya pula mengambil masa lebih tiga bulan untuk pulih.
Bapa mangsa yang juga seorang pemandu teksi, Chua Chen Hui, 45, berkata kejadian menyayat hati itu hanya diketahui selepas pengasuh terbabit menghubunginya dan isteri pada 18 April lalu. Menurutnya, mereka yang sibuk dengan kerja sebelum ini menghantar Wee Leong untuk dijaga pengasuh terbabit yang tinggal di Taman Tun Perak, Jalan Cheras-Kajang, dekat sini, sejak lebih sebulan lalu dengan bayaran RM900 sebulan.
“Ketika menghubungi kami kira-kira jam 11.30 malam, pengasuh dikenali sebagai Puan Lim memberitahu anak lelaki kami luka ringan melecur akibat terkena sup panas yang tertumpah ke tangannya. “Bagaimanapun, wanita itu mendakwa luka anak saya tidak serius dan dia akan merawatnya sendiri. Namun saya yang tidak sedap hati pergi ke rumah pengasuh terbabit keesokan paginya,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong, semalam.
Menurutnya, pengasuh terbabit bagaimanapun menghalang mereka membawa pulang anaknya dengan alasan bimbang luka ‘ringan’ itu akan merebak dan dijangkiti kuman. “Wanita terbabit memberitahu dia boleh mengurus kecederaan anaknya itu dan mengarahkan kami pulang. Kami yang panik hanya mengikut arahan wanita terbabit.
“Namun selepas dinasihatkan ahli keluarga, kami pergi semula ke rumah pengasuh terbabit pada Selasa lalu untuk mengambil anak saya,” katanya. Menurutnya, dia membawa anaknya itu ke PPUKM sebelum doktor menahannya di Wad Kecemasan. “Doktor memberitahu anak saya bukan luka biasa berikutan kesan melecur dialami tahap kedua menyebabkan seluruh kulit jari tangannya tertanggal.
“Malah, kecederaan itu turut menyebabkan tangan anak saya menggelembung dipenuhi nanah selain kukunya ‘gugur’ satu persatu,” katanya. Menurutnya, anaknya ditahan empat hari dan diberi rawatan rapi. “Bagaimanapun, setiap malam dia mengigau menjerit ketakutan seolah-olah mengalami mimpi ngeri. Saya yakin ada memori buruk yang bukan disebabkan kemalangan biasa menimpanya sebelum ini,” katanya.
Dia berkata, anaknya tidak dapat menggunakan semua jari tangan kecuali ibu jari tangan kanan. “Dia tidak dapat lagi bermain seperti kanak-kanak lain berikutan semua jarinya dibalut,” katanya.
Menurutnya, dia sudah menemui pengasuh terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun wanita terbabit memberi pelbagai alasan tidak munasabah. “Pengasuh terbabit enggan mengaku sebaliknya mendakwa ia berpunca daripada kenakalan anak saya,” katanya. Menurutnya, keadaan menjadi semakin ‘panas’ apabila suami pengasuh terbabit merendah-rendahkan maruahnya.
“Dia mencabar saya untuk mengambil tindakan lanjut kerana mendakwa mempunyai ramai rakan di kalangan peguam yang mampu membantunya di mahkamah. Saya membuat aduan di Balai Polis Cheras, Khamis lalu, bagi memastikan anak saya mendapat pembelaan,” katanya.
Posted by WaNz at 14:30 0 Buzz In !
Friday, April 16, 2010
Tercekik...
Adui laa...... tersentak kejap baca citer ni kat paper semalam...
Harian Metro - 15 April 2010
TAMPIN: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut dipercayai akibat tercekik bebola ikan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Jalan Cantik di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Wan Nur Alif Wan Arif Fadhla terpaksa dikejarkan ke Hospital Tampin kira-kira 50 meter dari taska itu untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sejurus tiba.
Sumber berkata, mangsa yang juga anak bongsu daripada dua beradik dihantar ke taska berkenaan oleh ibunya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini, kira-kira jam 7.30 pagi untuk dijaga pengasuh berikutan ibu dan bapanya bekerja.
“Bayi itu tiba-tiba tercekik bebola ikan sebesar ibu jari yang dibelah dua menyebabkan dia terjatuh sejurus selepas itu.
“Pengasuh yang menyedari kejadian itu membawa mangsa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.
Difahamkan, pihak berkuasa mengenal pasti bagaimana bayi itu boleh tercekik bebola ikan yang menjadi antara menu makanan pagi di taska itu, semalam.
Sementara itu, bapa mangsa, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, ketika ditemui di perkarangan Hospital Tampin, berkata dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi isterinya kira-kira jam 11.15 pagi memaklumkan kejadian menimpa bayi mereka.
“Saya terima panggilan daripada isteri (Nur Azita Ibrahim, 31,) memberitahu tubuh anak kami dalam keadaan kebiru-biruan dan sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
“Sebaik tiba, pihak hospital memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas akibat tercekik bebola ikan,” katanya kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Rembau itu.
Dia kesal dengan kecuaian pengasuh terbabit menyediakan sarapan bercampur bahan sebesar ibu jari dan diberikan kepada bayi sekecil anaknya.
Katanya, jenazah anaknya dibawa pulang ke kampung asalnya di Marang, Terengganu untuk dikebumikan.
Berikutan itu, Wan Arif Fadhla membuat laporan di Balai Polis Tampin kira-kira jam 12 tengah hari.
Sementara, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Hooi Cheng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil pengusaha taska terbabit untuk merakamkan keterangan.
Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah ketika dihubungi, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian itu.
Katanya, mengikut rekod JKM, walaupun taska terbabit sudah beroperasi sejak beberapa lama, pihak pengurusan baru saja memohon untuk didaftarkan dan kini masih dalam proses.
Kenapa benda ni jadi? I mean, mmg la.. ni semua takdir... Mmg dah ditakdirkan baby ni meninggal dunia macam ni tapi... huk huk huk.. aku sedih... beza 3 bulan jer ngan anak aku.... aduuii... mintak jauh.. Takziah aku ucapkan kat family nih....
Posted by WaNz at 13:20 0 Buzz In !
Monday, April 12, 2010
Ada lagi orang keji mcm nih...
adui laa... ingatkan cukup2 la citer2 camni kuar paper 2,3 mggu lepas, rupa nyer still ada lagi tertinggal manusia2 keji ni kat muka bumi... kalu aku jumpa orang yang tergamak buat keja nih, mmg aku sepak skit lah.. nak wat lebih2 kang tak pasal2 aku lak masuk lokap sebab cederakan orang...
‘Tidurkan’ bayi dalam tong sampah
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Md Fuzi Abd Latehbhnews@bharian.com.my
2010/04/12
KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam.
Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.
“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.
Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan.
“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian.
Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya.
"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu.
Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis.
Sangat keji ok!!!!! kesian aku tgk baby tu... eeee... binatang pun tau jaga anak dia tau.... boleh tak kalu dapat tangkap orang2 yang wat keja ni, jatuhkan hukuman yang sangat2 setimpal... sakit ati tau...
Posted by WaNz at 11:14 0 Buzz In !
Sunday, April 11, 2010
Lil' Asyraf...
ala ala.... ni dah 2 bulan....
tapi tetap senyum bila tgk camera ok... :-D
Kesimpulan yang aku boleh wat pasl Asyraf nih, dia mmg suka amik gambar.. tgh nangis ker, tgh lompat ker, tgh wat apa pun.. kalu dia nampak orang pegang kamera, konpem dia akan berenti apa dia tgh wat n pose depan kamera tuh.. hahahaha... ikut jejak langkah sapa la ni gamaknyer... ;-)








