Lagi berita yang menarik perhatian aku tadi... aku baca kat Berita Harian online.....
Azean minta menteri campur tangan
2010/04/08
KUALA LUMPUR: Pelakon, Azean Irdawaty meminta campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam menyelesaikan kes anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 32, yang kini ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Azean berkata, beliau tidak berpuas hati selagi tidak mendengar sendiri penjelasan berhubung kes itu oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, malah akan terus menyalahkan polis.
“Kak Yan berharap sangat menteri terbabit sudi meluangkan sedikit masa bersemuka untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Kak Yan sudah buntu dan kesihatan pun mula terganggu mengenangkan nasibnya (Benjy) di penjara.
“Jika boleh, Kak Yan mahu menteri campur tangan dalam hal ini kerana naluri keibuan Kak Yan tetap berasakan Benjy tidak bersalah. Sebaliknya, Benjy teraniaya dan mungkin dijadikan alat bagi menutup kegiatan orang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Azean turut meminta pihak media tidak mengganggunya dengan bertanyakan pelbagai soalan berkaitan kes anak sulungnya itu kerana mahu berehat, lebih-lebih lagi beliau masih dalam proses pemulihan penyakit kanser dihidapinya.
“Cukuplah... Kak Yan sudah letih. Sejak semalam selepas polis mengadakan sidang akhbar, Kak Yan menerima panggilan tanpa henti bertanyakan soalan yang sama mengenai kesahihan apa yang dimaklumkan pihak polis.
“Kak Yan tidak berdaya dan terlalu penat memikirkan kejadian yang menimpa Benjy. Sudah hampir sebulan Kak Yan tidak boleh tidur lena sehingga terjatuh dari tangga malam tadi akibat tubuh terlalu lemah,” katanya.
Kelmarin, polis mendedahkan Benjy dipercayai mempelajari teknik membuat syabu menerusi internet sejak enam bulan lalu berdasarkan penemuan pemacu storan mengandungi 11 artikel berjudul The Secrets of Methamphetamine Manufacture yang disembunyikan di sebuah stor rahsia di tingkat 10, sebuah kondominium mewah di Jalan Segambut di sini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata kes masih disiasat dan meminta semua pihak tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.
“Beri kepercayaan kepada polis untuk melengkapkan siasatan bagaimanapun, kita akan majukan perkara ini kepada Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan susulan, termasuk dihantar ke pusat tahanan akhlak,” katanya.

Errr... aku baca tajuk jer aku dah rasa cam nyampah laks.. ari tu cam kesian sebab ngan Kak Yan ni sakit sumer... tp makin hari makin mcm apa hal pompuan nih? Anak dia mulia sangat ker sampai takleh wat salah dalam hidup ni? Besar sangat ker kedudukan Kak Yan sampai nak Menteri masuk campur? adduuuiii la, anak wayang betul lah.. sorry sangat kalu sapa yang terasa bila baca komen aku nih tapi tu lah, aku nyampah... mmg betul lah, naluri seorang ibu mmg akan selalu kata anak dia betul, anak dia baik, anak dia itu ini lah tapi penah tak dia pikir yang anak dia seorang manusia biasa yang mmg mampu wat salah gak?
Ada benda yang aku tau tp takleh nak komen kat sini, kang kena saman lak susah... ni dulu2 nyer citer, zaman aku aktif ke hulu hilir follow mmbr wat recording itu ini.. so aku tak terkejut sangat ngan citer mamat ni kena tangkap pasal dadah... kisah benar kan.... :-)
Skang ni kita tgk lah menteri nak layan tak Kak Yan nyer special request nih.... Klu dah start layan satu kes, lepas2 ni jgn terkujat klu mak bapak orang lain pun request menteri2 masuk campur sebab polis tangkap anak2 dorang.... huhuhuhuhuhu
2 Buzz In !:
aku pun tak tau menahu pasal berita online ni, tapi aku tengok berita psl dia proses dadah kat berrita 2 days ago kot. agak-agak la jugak kan kalau percaya kat anak sendiri pun. sumtimes, disebabkan kita terlampau percaya la maka anak kita senang buat cerita kat blakang. nauzubillah.
Kan? depan mak bapak mmg lah baik, belakang bukan kita apa dia buat... ntah la... tapi tu lah, nak backing anak sampai sanggup lawan polis, takut2 jadi kes lain plak kang...
Post a Comment