Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, April 27, 2010

Lagi berita bikin sayu...

Aduiii la... skang ni kalu baca berita yg melibatkan budak2 mmg boleh bikin sayu & panas ati gak sebenarnya.... trus aku tgk muka anak aku, what if kalu benda tu orang wat kat dia... aahhh.. mintak jauh... ni aku baru baca Metro Online, aku rasa cam nak celup balik jer tangan penjaga budak nih.. baru ko rasa sendiri lah sakit ker tak sup panas tuh... bodoh piang btul.... eeeeeeeee..... emo tau hal2 camni....

Harian Metro - Kuku tanggal

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
2010/04/27

Bagaimanapun, rahsia penderaan itu hanya terbongkar dua hari selepas kejadian sebelum kanak-kanak terbabit dimasukkan ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini, akibat parah.
Lebih serius apabila doktor tidak menolak kemungkinan mangsa, Chua Wee Leong, 2, bakal cacat kekal pada jari tangan manakala luka luarannya pula mengambil masa lebih tiga bulan untuk pulih.


Bapa mangsa yang juga seorang pemandu teksi, Chua Chen Hui, 45, berkata kejadian menyayat hati itu hanya diketahui selepas pengasuh terbabit menghubunginya dan isteri pada 18 April lalu. Menurutnya, mereka yang sibuk dengan kerja sebelum ini menghantar Wee Leong untuk dijaga pengasuh terbabit yang tinggal di Taman Tun Perak, Jalan Cheras-Kajang, dekat sini, sejak lebih sebulan lalu dengan bayaran RM900 sebulan.


“Ketika menghubungi kami kira-kira jam 11.30 malam, pengasuh dikenali sebagai Puan Lim memberitahu anak lelaki kami luka ringan melecur akibat terkena sup panas yang tertumpah ke tangannya. “Bagaimanapun, wanita itu mendakwa luka anak saya tidak serius dan dia akan merawatnya sendiri. Namun saya yang tidak sedap hati pergi ke rumah pengasuh terbabit keesokan paginya,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong, semalam.


Menurutnya, pengasuh terbabit bagaimanapun menghalang mereka membawa pulang anaknya dengan alasan bimbang luka ‘ringan’ itu akan merebak dan dijangkiti kuman. “Wanita terbabit memberitahu dia boleh mengurus kecederaan anaknya itu dan mengarahkan kami pulang. Kami yang panik hanya mengikut arahan wanita terbabit.


“Namun selepas dinasihatkan ahli keluarga, kami pergi semula ke rumah pengasuh terbabit pada Selasa lalu untuk mengambil anak saya,” katanya. Menurutnya, dia membawa anaknya itu ke PPUKM sebelum doktor menahannya di Wad Kecemasan. “Doktor memberitahu anak saya bukan luka biasa berikutan kesan melecur dialami tahap kedua menyebabkan seluruh kulit jari tangannya tertanggal.


“Malah, kecederaan itu turut menyebabkan tangan anak saya menggelembung dipenuhi nanah selain kukunya ‘gugur’ satu persatu,” katanya. Menurutnya, anaknya ditahan empat hari dan diberi rawatan rapi. “Bagaimanapun, setiap malam dia mengigau menjerit ketakutan seolah-olah mengalami mimpi ngeri. Saya yakin ada memori buruk yang bukan disebabkan kemalangan biasa menimpanya sebelum ini,” katanya.


Dia berkata, anaknya tidak dapat menggunakan semua jari tangan kecuali ibu jari tangan kanan. “Dia tidak dapat lagi bermain seperti kanak-kanak lain berikutan semua jarinya dibalut,” katanya.


Menurutnya, dia sudah menemui pengasuh terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun wanita terbabit memberi pelbagai alasan tidak munasabah. “Pengasuh terbabit enggan mengaku sebaliknya mendakwa ia berpunca daripada kenakalan anak saya,” katanya. Menurutnya, keadaan menjadi semakin ‘panas’ apabila suami pengasuh terbabit merendah-rendahkan maruahnya.


“Dia mencabar saya untuk mengambil tindakan lanjut kerana mendakwa mempunyai ramai rakan di kalangan peguam yang mampu membantunya di mahkamah. Saya membuat aduan di Balai Polis Cheras, Khamis lalu, bagi memastikan anak saya mendapat pembelaan,” katanya.

Friday, April 16, 2010

Tercekik...

Adui laa...... tersentak kejap baca citer ni kat paper semalam...

Harian Metro - 15 April 2010
TAMPIN: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut dipercayai akibat tercekik bebola ikan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Jalan Cantik di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Wan Nur Alif Wan Arif Fadhla terpaksa dikejarkan ke Hospital Tampin kira-kira 50 meter dari taska itu untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Sumber berkata, mangsa yang juga anak bongsu daripada dua beradik dihantar ke taska berkenaan oleh ibunya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini, kira-kira jam 7.30 pagi untuk dijaga pengasuh berikutan ibu dan bapanya bekerja.

“Bayi itu tiba-tiba tercekik bebola ikan sebesar ibu jari yang dibelah dua menyebabkan dia terjatuh sejurus selepas itu.

“Pengasuh yang menyedari kejadian itu membawa mangsa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, pihak berkuasa mengenal pasti bagaimana bayi itu boleh tercekik bebola ikan yang menjadi antara menu makanan pagi di taska itu, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, ketika ditemui di perkarangan Hospital Tampin, berkata dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi isterinya kira-kira jam 11.15 pagi memaklumkan kejadian menimpa bayi mereka.

“Saya terima panggilan daripada isteri (Nur Azita Ibrahim, 31,) memberitahu tubuh anak kami dalam keadaan kebiru-biruan dan sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

“Sebaik tiba, pihak hospital memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas akibat tercekik bebola ikan,” katanya kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Rembau itu.

Dia kesal dengan kecuaian pengasuh terbabit menyediakan sarapan bercampur bahan sebesar ibu jari dan diberikan kepada bayi sekecil anaknya.

Katanya, jenazah anaknya dibawa pulang ke kampung asalnya di Marang, Terengganu untuk dikebumikan.

Berikutan itu, Wan Arif Fadhla membuat laporan di Balai Polis Tampin kira-kira jam 12 tengah hari.

Sementara, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Hooi Cheng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil pengusaha taska terbabit untuk merakamkan keterangan.

Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah ketika dihubungi, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian itu.

Katanya, mengikut rekod JKM, walaupun taska terbabit sudah beroperasi sejak beberapa lama, pihak pengurusan baru saja memohon untuk didaftarkan dan kini masih dalam proses.


Kenapa benda ni jadi? I mean, mmg la.. ni semua takdir... Mmg dah ditakdirkan baby ni meninggal dunia macam ni tapi... huk huk huk.. aku sedih... beza 3 bulan jer ngan anak aku.... aduuii... mintak jauh.. Takziah aku ucapkan kat family nih....

Monday, April 12, 2010

Ada lagi orang keji mcm nih...

adui laa... ingatkan cukup2 la citer2 camni kuar paper 2,3 mggu lepas, rupa nyer still ada lagi tertinggal manusia2 keji ni kat muka bumi... kalu aku jumpa orang yang tergamak buat keja nih, mmg aku sepak skit lah.. nak wat lebih2 kang tak pasal2 aku lak masuk lokap sebab cederakan orang...

‘Tidurkan’ bayi dalam tong sampah

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Md Fuzi Abd Lateh
bhnews@bharian.com.my
2010/04/12
Mayat mangsa dibungkus dengan surat khabar ditemui kakitangan MDHS

KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam.


Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.

“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.


Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat.


“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan.


“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian.


Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya.


"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu.


Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis.


 Sangat keji ok!!!!! kesian aku tgk baby tu... eeee... binatang pun tau jaga anak dia tau.... boleh tak kalu dapat tangkap orang2 yang wat keja ni, jatuhkan hukuman yang sangat2 setimpal... sakit ati tau...

Sunday, April 11, 2010

Lil' Asyraf...

Aku nak citer panjang lebar tapi malas.. hahahahaha.... bodo kan? malas tapi nak hapdet blog... aku letak gambar jer lah.... nak letak gambar lama.. gambar baru nnt lah... tak download masuk hard disk lagi.... Laayyyyaaannnn!!!! [pinjam trademark Fafau @ Melodi]

Ni masa Asyraf umur 5 minggu... cam gatal jerk sengih dia... :-)


 Giler lebar dia sengih nih... ngan xde gigi nyer.. 
ala ala.... ni dah 2 bulan....


 Tengah bersantai depan kipas... panas kan... 
tapi tetap senyum bila tgk camera ok... :-D

Kesimpulan yang aku boleh wat pasl Asyraf nih, dia mmg suka amik gambar.. tgh nangis ker, tgh lompat ker, tgh wat apa pun.. kalu dia nampak orang pegang kamera, konpem dia akan berenti apa dia tgh wat n pose depan kamera tuh.. hahahaha... ikut jejak langkah sapa la ni gamaknyer... ;-)

Thursday, April 08, 2010

Patut ker? ...

Lagi berita yang menarik perhatian aku tadi... aku baca kat Berita Harian online.....

Azean minta menteri campur tangan
2010/04/08

KUALA LUMPUR: Pelakon, Azean Irdawaty meminta campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam menyelesaikan kes anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 32, yang kini ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Azean berkata, beliau tidak berpuas hati selagi tidak mendengar sendiri penjelasan berhubung kes itu oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, malah akan terus menyalahkan polis.


“Kak Yan berharap sangat menteri terbabit sudi meluangkan sedikit masa bersemuka untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Kak Yan sudah buntu dan kesihatan pun mula terganggu mengenangkan nasibnya (Benjy) di penjara.


“Jika boleh, Kak Yan mahu menteri campur tangan dalam hal ini kerana naluri keibuan Kak Yan tetap berasakan Benjy tidak bersalah. Sebaliknya, Benjy teraniaya dan mungkin dijadikan alat bagi menutup kegiatan orang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Azean turut meminta pihak media tidak mengganggunya dengan bertanyakan pelbagai soalan berkaitan kes anak sulungnya itu kerana mahu berehat, lebih-lebih lagi beliau masih dalam proses pemulihan penyakit kanser dihidapinya.


“Cukuplah... Kak Yan sudah letih. Sejak semalam selepas polis mengadakan sidang akhbar, Kak Yan menerima panggilan tanpa henti bertanyakan soalan yang sama mengenai kesahihan apa yang dimaklumkan pihak polis.


“Kak Yan tidak berdaya dan terlalu penat memikirkan kejadian yang menimpa Benjy. Sudah hampir sebulan Kak Yan tidak boleh tidur lena sehingga terjatuh dari tangga malam tadi akibat tubuh terlalu lemah,” katanya.


Kelmarin, polis mendedahkan Benjy dipercayai mempelajari teknik membuat syabu menerusi internet sejak enam bulan lalu berdasarkan penemuan pemacu storan mengandungi 11 artikel berjudul The Secrets of Methamphetamine Manufacture yang disembunyikan di sebuah stor rahsia di tingkat 10, sebuah kondominium mewah di Jalan Segambut di sini.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata kes masih disiasat dan meminta semua pihak tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.


“Beri kepercayaan kepada polis untuk melengkapkan siasatan bagaimanapun, kita akan majukan perkara ini kepada Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan susulan, termasuk dihantar ke pusat tahanan akhlak,” katanya. 

 Errr... aku baca tajuk jer aku dah rasa cam nyampah laks.. ari tu cam kesian sebab ngan Kak Yan ni sakit sumer... tp makin hari makin mcm apa hal pompuan nih? Anak dia mulia sangat ker sampai takleh wat salah dalam hidup ni? Besar sangat ker kedudukan Kak Yan sampai nak Menteri masuk campur? adduuuiii la, anak wayang betul lah.. sorry sangat kalu sapa yang terasa bila baca komen aku nih tapi tu lah, aku nyampah... mmg betul lah, naluri seorang ibu mmg akan selalu kata anak dia betul, anak dia baik, anak dia itu ini lah tapi penah tak dia pikir yang anak dia seorang manusia biasa yang mmg mampu wat salah gak?

Ada benda yang aku tau tp takleh nak komen kat sini, kang kena saman lak susah... ni dulu2 nyer citer, zaman aku aktif ke hulu hilir follow mmbr wat recording itu ini.. so aku tak terkejut sangat ngan citer mamat ni kena tangkap pasal dadah... kisah benar kan.... :-)
Skang ni kita tgk lah menteri nak layan tak Kak Yan nyer special request nih.... Klu dah start layan satu kes, lepas2 ni jgn terkujat klu mak bapak orang lain pun request menteri2 masuk campur sebab polis tangkap anak2 dorang.... huhuhuhuhuhu

Citer ni menarik perhatian aku masa baca paper pagi tadi.....

Taken from The Star - 08 April 2010

Father’s reunion turns tragic
SHAH ALAM: A father who wanted to meet his daughter a year after her marriage died after he was punched in the chest by his son-in-law.
A. Muhammad Nasir, 54, had driven from Penang to see his daughter in Subang Jaya whom he had not met for at least a year, said Selangor acting CID chief Assistant Commissioner Omar Mammah.
But it turned out to be a tragic reunion on Monday as the 29-year-old son-in-law, who ran a rojak stall, had apparently refused to let them meet, he said.
“A struggle ensued and the suspect landed a blow on Nasir’s chest which caused him to collapse.”
He was rushed to a nearby private hospital but was pronounced dead on arrival. 

 WTF?? I mean betul lah kita taktau apa citer sebenar yang jadi antara mangsa ngan anak dia before this sampaikan lepas kawin setahun lepas tak penah nak balik umah mak ayah dah... tapi atas dasar keperimanusiaan, apa kes ko nak tumbuk orang tua merangkap bapak mentua ko jugak? dah amik anak orang, agak2 la kalu nak wat apa2 tindakan pun.. ish ish ish.... ntah ler, skang orang bunuh orang dah macam bunuh nyamuk jer... tak suka, hapuskan jer.... lepas ni lingkup lah bisnes rojak tuh... kena tulah sebab bunuh orang walaupun nnt alasan tak sengaja sebab mati ada kaitan ngan sakit jantung.... dunia, dunia.....

Wednesday, April 07, 2010

DBKL tarik keta...

Eh, bukan keta aku yang kena tarik.. ni saja nak share citer yang aku rasa tak lah penting mana pun tapi sukati la kan aku nak citer gak... huhuhu.... Bukan nyer apa, naper lak tetiba aku wat tajuk nih? Al-Kisah nyer, sejak dari Isnin lepas, on d way aku gi keja aku nampak DBKL nyer tow-truck ngan lampu siren yang kaler biru tu lalu sebelah keta aku, baru pas tarik keta orang lah... pastu time lunch aku kuar lunch pun nampak gak benda yang sama.... balik keja ari tu, dalam jem ya amat sangat tu pun ada gak 2, 3 buah truck DBKL ni yang baru balik dari 'memancing' keta... Hari tu hari tarik keta seKL [takleh letak sedunia, aku tak nampak ada ker tak DBKL kat negara lain... hehehehe] ker?? mmmm... semalam masa nak balik umah pun nampak gak sebuah.. pagi tadi otw pegi keja skali lagi aku nampak, kali ni live punya.. hahahaha... dorang baru nak cangkuk keta nak bawak pi main jauh2.... keja keras nampak nyer DBKL mggu ni.. ker dorang baru jer dapat Truck tunda DBKL ni? smart lah truck tu kalu nak compare ngan tow truck yang selalu kita tengok tu....


Kesimpulan yang aku nak share kat sini, rasa nyer untuk beberapa seketika nih jangan la gatal2 nak tinggalkan keta kat tempat yang sah2 dorang kata takleh berhenti or parking especially kat jajahan DBKL nih.. rasa cam kali ni dorang wat all out nyer tindakan.... jeng jeng jeng.... klu tetiba keta hilang kat tengah jalan tuh, gi la check kat DBKL, kalu bukan kena tunda, kena tarik ngan bank la tuh... hahahahaha

Hebats frontpage KOSMO ari ni...

Wow... satu pencapaianyang amat memberangsangkan... sapa kata kalu nak tau citer pasal artis & selebriti Malaysia ni kena bukak ruangan HIBURAN jer? No No No.... tidak lagi begitu... ;-) Semenjak dua menjak nih citer hal2 selebriti ni boleh juga didapati di ruangan MAHKAMAH & JENAYAH.... hahahaha... menariks kan uollss?? Tu tanda nyer dorang sumer tu dah mempelbagaikan bakat masing2 & also dorang tu juga manusia biasa.... bisa melakukan kesalahan & kesilapan.. beza nyer dorang nyer kes dapat up skit coverage dia sebab artis kan? untuk makluman, ni yang betul2 artis & selebriti yg penah ada album sendiri n penah berlakon drama & filem samada watak utama ataupun pembantu.. paling tidak pun yang berdialog lebih daripada 10 patah perkataan.... Bukan yang takat berlakon 2,3 drama sebagai pak or mak pacak tu... tetiba lak ada hati nak declare diri tu artis [ni aku refer kes gadis lari g Lombok tu... ingatkan artis mana la.. rupa nyer xtra mayo jer dalam drama2 tempatan..... mmg konpem orang tak kenal melainkan director & krew & family sendiri jerk....]

aku snap gmbr ni senget sbb tokey kedai tu dah pandang semacam sebab
belek paper kt kedai dia lama sangat.. hahahaha



Aku wat post ni sebab tgk kan frontpage KOSMO.... 2/3 citer kat depan tu watak utama sumer artis/selebriti.... yang kes pukul bini lah, kes wat dadah sintetik la, ugut x-wife, x byr nafkah anak [time buat pandai, tang tanggungjawab lari...].. ish ish ish.... tu tak masuk citer yang baru2 ni kuar, guitarist pecah masuk umah orang, kena tangkap basah dan sebagai nyer... hebats gitew.. dah macam kat Hollywood dah aku rasa... sama taraf dah rupa nyer.... :-) lantak lah kan.. berani buat, berani tanggung lah... takyah ler nak marah2 photographer, nak salahkan orang tu, orang ni, itu ini.... all d best utk sumer2 yg duk tggu kes setel kat court.... korang mmg baik ati sebab 'menghiburkan' press yang bukan dari page Entertainment nih.. dapat gak dorang tgk artis.. hahahaha.. Tahniah!!!

Tuesday, April 06, 2010

:-D ...

Hehehehehe... Saja nak citer apa jadi ari ni... Tadi sampai ofis agak lambat la sebab stuck kat exit DUKE-Semarak tu... sakit tul ati.. sangat lama ok turn nak wat U-Turn kat situ.... takper la, so kelam kabut naik ofis sebab sedar diri dah lambat kan... Kuar jer lift, ofis gelap.. laaaa.... sumer orang duk menunggu kat luar pintu sebab takde kunci nak bukak pintu... Fuuhhh.... Lega aku.... kira tak lambat la sebab pintu tak bukak lagi kan... :-)

Ok lah tu, pas pintu dah bukak, ingat nak start wat keja la nih... sekali tuh phone bunyi... adik aku bagitau dia dah terkandas kat Jalan Kinabalu sebab keta abis minyak.. Al-maklum lah, kembara aku tu mmg takde Fuel reminder.... takde nak nyala apa2 indication pun bagitau minyak dah abis.... Ish ish... kesian dia, dah ler tempat dia stop tu jalan sangat sempit ok.. kalu berhenti kat situ makner nyer mmg block satu lane lah... adik aku pun dah bagitau, kejap lagi jem lah jalan tuh sebab dia.. hehehehe.... aku suh dia tggu kat situ sampai aku datang bawak petrol...

Gi beli minyak satu tong siap ngan corong + tiub skali... dengan bergegas nyer aku menuju ke lokasi dia... dia kata ada pick-up DBKL tolong tarik keta g ke depan skit, tak la block jalan tu... mmg jem pun jalan Kinabalu tu.. aku pun nampak ler E-Board kat situ.... sila rujuk gambar di bawah yer.....


Kan panjang trafik kat situ... hehehehe... nak tgk ngan lebih jelas apa yang dorang tulis kat E-Board tuh? sila kan.. jadi topik utama kembara aku kat Jalan Kinabalu pagi tadi.... ;-)


Sorry la yer para pemandu sekalian.. halangan tidak disengajakan.. Ampun DBKL....

Monday, April 05, 2010

Kaki Katak dalam menu Kopitiam?...


errkkk... aku taktau ler Kopitiam mana yang mamat ni gi makan kat Bukit Tinggi Klang tuh... tapi kalu nak ikutkan yg famous Old Town White Coffee la... Tapi tu lah, sebab dalam paper pun tak reveal kan nama Kopitiam mana so takleh nak main tuduh sebarangan ler.... Yang aku tau OTWC mmg takde sijil halal lagi utk makanan... eh silap, bukan aku tau.. aku dgr2 la orang duk bagitau... camner boleh le kerajaan leh lepas benda2 camnih... bila baca paper pasal jumpa kaki katak dalam mee dorang nih, geli geleman lak tekak aku... mcm2 soklan dalam kepala otak aku nih...


in d 1st place, camner lak boleh ada daging katak dalam kopitiam tuh? apa motif dorang order daging katak tuh? dorang ada wat masakan yang kena letak daging katak ker? klu tak, takkan bleh terlepas kan... mmmm...ntah apa lagi la yg dorang bubuh dalam masakan2 lain erk... adduuuiii hai.... nasib la aku dah lama tak gi melepak kat mana2 kopitiam nih.... tak sempat pun kalu nak melepak... time bujang dulu bleh dikatakan port lepak gak ler OTWC nih... huhuhuhuhu... errrr.... dah kuar berita camni, Kerajaan Barisan Nasional tanak amik apa2 tindakan ker? kata negara Islam kan.... ;-)

ada rasa nak jamah ? errkkkkk!!!!!

Friday, April 02, 2010

Abis duit klu camni...


Gambar ni aku amik dari paper The Star kat belah Thumbnails nih.... Agak2 ni parking kat mana erk? Tgk pada parking fee ni, klu kena kat aku mau aku pecahkan mesin layan diri nih.. Perrggghhhhh.... RM 1.6K utk charge parking jer? Mmg aku bakar jugak parking lot nih... Confirmed machine trus out of order sebab penat telan duit RM50 32 keping.... overdose!! hahahahahaha
.

Takziah pada keluarga Allahyarham Din Beramboi...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un..... That's what came out from my mouth bila dengar berita Din Beramboi dah meninggal dunia tengah malam tadi... I mean bukan lah terkejut sangat sebab bila paper dah kata dia makin kritikal & few of his internal organs dah malfunction kelmarin, aku cam dah dapat rasa Arwah dah x lama lagi kat dunia ni.... And aku pun bukanlah peminat dia tp kita sebagai umat Islam sama2 doa lah utk Arwah sihat semula... Kuasa Allah mengatasi segalanya... Takziah kat family arwah... Dia muda lagi, tak cecah 50 tahun pun... Ni aku amik kat blog klubbkid apa sebenarnya punca Arwah masuk spital....

"Arwah passed away from Dengue Shock Syndrome. Ini beza dengam demam denggi berdarah sebab dikira denggi tahap kritikal. Combined ngan Leptospirosis (jangkitan darah dari kuman air kencing binatang contoh tikus), it was deadly. From what I know, arwah's heart, lungs and kidney were severely affected." - Klubbkidd.com

Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah utk Arwah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.... Amin..